Welcome to Afiq Hazwan Official Blog :)
Disclaimer
Welcome to my blog. Before anything else please follow these rules : No ripping, spamming, and any type of childish acts. Respect is a must. Best-viewed in Google Chrome. Enjoy your stay and have fun!
put your site stats here
bold,italic,underlined
Navigations

Profile Entries Credits
I am ME
Hye peeps ! i'm Afiq ! i was 13 n stay at puchong :) enjoy my blog .. hate it ? get away from here ;D

Doing...
Feeling : _______
Eating : _______
Doing : _______
Watching : _______
Listening to : _______

Friend :)
Cynna | Wanyy Adam | Cynna | Cynna | Cynna

Rotten Things
March 2011 | April 2011 |

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh...
KAWAN MAKAN KAWAN~~ BILA JARI JEMARI BERSUARA!Sala...
jasa seorang guru !!
apa kata anda tentang kawan ?
Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu men...

Music
Written at Apr 20, 2011 | back to top

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.



Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.



Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.



Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.



Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



SEMUA NI KERJA COPY & PASTE ==''
Written at Apr 15, 2011 | back to top

KAWAN MAKAN KAWAN~~


BILA JARI JEMARI BERSUARA!
Salam rakan2 blogger...hurmm..pernah dengar tak istilah kawan makan kawan??mesti selalu dengar kan..realiti masyarakat harini..Hurm bukan nak memburukkan sesiapa tapi cukuplah nak share pengalaman tentang isu ni...bukan terjadi pada aku tapi terjadi pada kawan la..ermm..ada sorang  kawan aku satu group dengan kawan baik dia..group assignment..untuk bentangkan projek ..kawan aku ni cakapla kalau nak wat perjumpaan mesejla..bila2 free boleh ja nak jumpa..pastu nak dijadikan cerita kawan kepada kawan aku ni pergi la mengadu kat pensyarah..cakap kawan aku tak ambil bahagian langsung untuk projek ni..apalagi..terus kena sembur ngn pensyarah tu la..siap bagi warning keluar group tu n wat assigment sorang2!!wah2...kesiannya dengar cerita dia..bayangkan kawan bukan main baik lagi dari sem 1..bila dah susah buat macam ni plak..hurmm..macam2 kan realiti masyarakat sekarang...

Jadi sebagai peringatan buat rakan2 blogger..kita ni walaupun baik macamana pun dengan kawan kita kena beringat juga..sebab manusia ni kan mood dia berubah-rubah..harini baik ngn kita..makan sekali..ke hulu kehilir bersama..esok lusa mana kita tahu..ntah2 dia yg jatuhkan kita!Tak cakap semua macam tu..tapi ada juga kan kes macam ni...sabar jela ya...mungkin ada hikmah untuk setiap yang berlaku..

Mari kita sama-sama renungkan kata-kata hikmah dibawah~

1)Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena
asapnya sudah pasti terkena jelaganya.

2)Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya (^_

jasa seorang guru !!
Written at Mar 24, 2011 | back to top

Tidak seorang pun yang dilahirkan didunia ini tanpa guru. Guru pertama yang menjadi idola kita adalah kedua ibu bapa kita. Merekalah guru pertama di dalam kehidupan kita. Malah walaupun kita telah dewasa dan berkeluarga ibu dan ayah masih menjadi guru kepada kita.. Subhanallah.. Semoga kedua ibu dan ayah kita diterima ke Syurga Allah tanpa hisap atas jasa-jasa dan pengorbanan mereka.. amin.

Selain dari itu, guru juga menjadi insan yang tidak pernah jemu mendidik dan mengajar dan sekiranya tanpa seorang insan yang bernama guru, mana mugkin kita boleh menjadi seorang manusia yang bermanfaat.

Dikenang kembali zaman persekolahan (primary school), memang pada waktu itu kita jarang memahami apa itu pengorbanan seorang guru. Cuma yang kita tahu.. gumbira! Biasalah zaman kanak-kanak.. Perbagai karekter guru pernah kita berjumpa, ada guru yang baik, ada guru yang garang dan ada guru yang memang tak suka dengan kita... (semua tu penulis pernah lalui..).

Juga sudah menjadi kebiasaan bagi penulis semasa Hari Raya Aidulfitri bersama abang dan rakan-rakan untuk menziarahi guru. Semasa zaman kanak-kanak dan remaja dahulu, peluang untuk menziarahi mereka bersama kawan-kawan merupakan agenda ’program ziarah’. Walaupun kini sudah berkeluarga, penulis cuba juga untuk meneruskan tradisi tersebut walaupun agak terhad.
apa kata anda tentang kawan ?
Written at Mar 23, 2011 | back to top


kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang....... Mad 


Kata Abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit..... Cool 


Kata Atuk,
KAWAN tu seperti air terus mengalir..... Smile 


Kata Nenek,
KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung 
tapi nun jauh di sana.... Smile 


Kate Sedare,
KAWAN tu mcm makanan,
kawan makan kawan!! Twisted Evil 


Kata Abang,
KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........ Shocked 


Kata Kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau je busuk tp sedap dimakan.... Smile 


Kata Adik,
KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde....... Laughing 


Kata Depa,
KAWAN tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM
DURIAN & MACAM BISKUT!!! Shocked 
Dia tetap kawan...
Tau tak sebab ape???
Sekali depa dah kawan ngan dia selamanye dia ttp berkawan...
Itu cara depa berkawan..!!


Kata saya pulak ..
KAWAN tu susah di cari tapi kalau lawan!! sekarang ni pun boleh carik...
Apa pun kita mestilah pandai memilih kawan jangan tersalah pilih kawan binasa... 
( Cari kawan mcm dalam Komuniti WolfGang ni.. Beshhhh.... Very Happy ) 


Apa lak kata sahabat-sahabat.... Question Question

Written at Mar 21, 2011 | back to top

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
Sumber: Azdriana

Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia. Anda dibenarkan untuk menyalin dan menerbitkan artikel ini, dan anda mesti mengiktiraf bahawa artikel ini adalah hak milik Tentang Cinta dengan meletakkan linkback ke artikel "Apa itu Cinta?" atau kredit kepada "Tentang Cinta".